OwnSkin logo
To sign my guestbook, you need to signin first.
Cuming soon

qaseh47 Guestbook

qaseh47  (12 years ago)
JANGAN BERSEDIH…
Part2

KENAPA RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

qaseh47  (12 years ago)
JANGAN BERSEDIH…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
qaseh47  (12 years ago)
PART3
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan. Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi. Masih ada! Iaitu di alam abadi. Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali. Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti. Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.
Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.
qaseh47  (12 years ago)
PART2
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan. Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas. Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat. Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.

Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
qaseh47  (12 years ago)
Perpisahan Itu Terlalu Menyakitkanku

Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini. Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan. Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia. Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang. Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
qaseh47  (12 years ago)
PART3..
Memulakan bacaan ayat Kursi sama ada dari “wa ilahukum” atau “Allahu lailaha illahu” hingga “Hifdzuhuma wahual ‘aliyyul ‘adzim, ulang tiga kali dengan niat jaga tubuh serta keluarga dan rumah tangga, juga harta benda daripada gangguan makhluk bahaya iaitu syaitan, seteru manusia yang sebenar
Allah SWT tidak merasa berat memelihara langit dan bumi, tentulah sangat mudah menjaga diri manusia dan keluarga, serta harta kepunyaannya yang amat sedikit jika dibandingkan Allah SWT.
Justeru peliharalah mereka yang mohon pertolongan penjagaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar Kekuasaan-Nya.
Rasulullah s.a.w juga bertaqdis, bertahmid dan bertaqbir 33 kali sebelum tidur, (Subhanallah wal hamdulillah Allahu Akbar) seperti yang diajarkan kepada puteri kesayangannya Siti Fatimah r. anha mengemukakan permohonan supaya diberikan hamba sahaya, untuk membantu tugasnya yang meletihkan.
Nabi s.a.w tidak memperkenan permintaan puterinya. Sebaliknya diberi amalan, setelah itu puteri nabi itu tidak mengeluh keletihan lagi.
qaseh47  (12 years ago)
PART2..
Dapatkan doa – doa Rasulullah s.a.w yang pelbagai, di antaranya seperti : Allahumma laka al hamdu wa minka al halaju wa minka al mustaka. Atau : Allahumma aslamtu wa bika amantu wa’alaika tawakkaltu.
Ada amalan Rasulullah s.a.w setelah membaca surah tiga qul itu lalu beliau seperti meludahkan kepada dua tapak tangannya, diusapkan ke kepalanya hingga ke hujung kaki. Dengan niat jaga tubuh badan dan sebagainya.
Berdoalah dengan apa jua jenis doa yang ditemui dalam kitab – kitab, bahawa Nabi s.a.w baca doa tersebut sebelum tidurnya. Nabi s.a.w juga membaca ayat Kursi yang bermaksud :

“Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan – Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah dapat member syafaat disisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa – apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa – apa dari ilmu Allah melainkan apa – apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya (langit dan bumi), dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
qaseh47  (12 years ago)
PART1.
Adab tidur seterusnya, sayogia dia tidur mengadap kiblat, kerana kiblat adalah tempat yang paling mulia disisi Islam, segala kerja kebajikan sebaiknya menghadap kiblat
Jika ketika jenazah diletakkan dalam kubur dituntut mengadap kiblat, hendak tidur adalah ketika muhasabah untuk melatih diri menghadap kiblat. Dengan cara mengiring ke kanan dan berbantalkan dengan lengan, sebelum seseorang menghadapi mati. Demikian diri ketika hendak tidur dengan menghadap kiblat
Orang Islam diberi nasihat cara tidur supaya kehidupan 24 jam alam keadaan siap sedia, kerana manusia diciptakan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Jika insan yang hidup sementara mendapat kurnia Tuhan dengan kekayaan harta dunia, mereka harus sedar bahawa kekayaan bukanlah matlamat hidup umat Islam. Sebaliknya sekadar jambatan menuju keredaan Allah SWT.
Setelah bersugi dan berwuduk hendaklah meletakkan tubuh menghadap kiblat, tibalah ketikanya yang amat mustahak untuk berdoa kepada Allah SWT, dengan sebanyak mana doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w.
Sebahagian daripada lafaz yang perlu dibaca sebelum tidur itu ialah membaca surah al-Ikhlas, surah al- Falaq serta surah an-Nas. Inilah surah yang selalu dibaca oleh Nabi s.a.w
qaseh47  (12 years ago)
Jangan Terlalu Bermewah Sediakan Tempat Tidur

Adab tidur seterusnya ialah bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu bermewah dengan tilam berharga ribuan ringgit dan katil terukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan.
Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja. Rezeki kurnia Allah SWT sepatutnya digunakan untuk mencari keredaannya
Antara perkara yang dibenci oleh Allah adalah perbuatan membazir, Allah SWT berfirman kepada para pembazir melalui firman-Nya yang bermaksud :
“Dan hari (ketika) orang – orang yang engkar dihadapkan ke neraka (mereka menempelak): ‘kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu dan kamu telah bersenang – lenang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang telah menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq” (surah Al-Ahqah ayat 20)
Sentiasalah beringat akan amaran tuhan itu dengan kehidupan ditakdirkan rezeki melimpah, mereka tidak bermewah – mewah hingga membazir dengannya.
Adab tidur selanjutnya seseorang itu tidak tidur selagi tidak didatangi rasa mengantuk. Tidak wajar paksa diri untuk tidur kecuali bertujuan untuk bangun dihujung malam.
Meskipun dia mampu untuk berjaga sejam dua lagi, jika dia berbuat demikian dikhuatiri akan terlepas bangun dan terlepas niatnya untuk beribadah dihujung malam
Jika tiada kekhuatiran kemungkinan lewat bangun maka bolehlah bersengkang mata, kerana banyak kerja kebaikan dunia dan akhirat boleh dilakukan seperti membaca kitab dan menulis rencana.
qaseh47  (12 years ago)
♥ ~Dari Wanita Kepada Lelaki~ ♥

♥ Saya tak minta lelaki yang SOLEH, sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat.. ♥

♥ Saya tak minta lelaki yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH.. ♥

♥ Nak minta lelaki yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada ♥

♥ Nak minta lelaki yang HANDSOME, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan.. ♥

♥ Nak minta lelaki yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA.. ♥

♥ Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya.. ♥

♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama - sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina ♥

♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia dan Akhirat.. ♥ ^_^ ♥
[ < ] [ 6 ] [ 7 ]

Home | English
Old OwnSkin Mobile
Login
Feedback/Help
©2009 http://m.ownskin.com